Kami menyediakan penginapan
homestay yang selesa dengan bajet murah khusus untuk muslim kepada anda di Tingkat Bawah Blok D Apartment Baiduri,
Bandar Tasik Kesuma, Beranang bersebelahan dengan MARA Japan Industrial
Institute (MJII) dan Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang dan tidak jauh dari
Nottingham University, Semenyih.
Ianya amat bersesuaian bagi anda
yang memilih untuk menginap selesa bersama keluarga dengan bajet murah bagi tujuan majlis perkahwinan,
pendaftaran masuk kolej, konvokesyen, percutian keluarga, kursus, temuduga,
mendaki Bukit Broga dan seumpamanya di sekitar Semenyih dan Beranang.
Homestay kami
boleh dimasuki terus melalui pintu belakang yang diubahsuai tanpa perlu menaiki tangga
di pintu hadapan yang memberikan lebih privasi kepada anda. Kenderaan anda pula
boleh diparkir betul-betul dihadapan pintu homestay (bergantung kepada kekosongan)
atau di kawasan sekitar yang menyediakan ruang parkir yang cukup luas.
Kemudahan Homestay :-
a)
Bilik Utama - Air cond, kipas siling, katil double,
almari
b)
Bilik Kedua - Kipas siling, Katil double, almari
c)
Bilik Ketiga - Kipas siling, katil single
d)
Ruang tamu - TV dengan Astro Njoi, sofa, kipas siling,
meja makan
e)
Dapur - Peti Sejuk, Microwave,
Cerek elektrik serta pinggan mangkuk
f)
Bilik
air dan bilik mandi yang berasingan
g)
Ruang ampaian pakaian
Lokasi yang mudah untuk di
akses masuk terus melalui Jalan Kajang-Seremban melalui lebuhraya-lebuhraya Lingkaran Kajang
(SILK), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga).
Hanya berjarak :-
Kolej Profesional MARA Beranang (0.5km )
MARA Japan Industrial Institute (0.5 km)
Universiti Kebangsaan Malaysia (20 km)
Universiti Putra Malaysia (20 km)
Nottingham University (5 km)
Bandar Kajang (15km)
Seremban (30km)
Kuala Lumpur (40km)
Nilai (20km)
Putrajaya (25km)
Berhadapan dengan mini
market, Restoran Tomyam dan Restoran Mamak serta berdekatan dengan 7 Eleven,
99Speedmart, Kedai 1Malaysia dan klinik.Hanya berjarak 3 km dengan Tesco Semenyih,
KFC, Pizza Hut, McD, Secret Recipe, Bank dan stesyen minyak serta dikeliling dengan kedai-kedai keperluan asas
yang lain.
Harga Penginapan
:-
- RM180.00 untuk malam pertama
- RM150.00 untuk malam kedua, ketiga dan seterusnya
Kami
bersedia untuk berunding harga bagi penginapan yang melebihi tiga malam
(Deposit
kunci RM50.00 semasa tempahan, wang deposit ini akan dipulangkan semasa pemulangan kunci dan semakan akhir daripada kami)
Check in
- 2.30 ptgCheck out - 12.00
tengahari
No comments:
Post a Comment