Pages

Monday, August 24, 2015

Info Tasik Kesuma Homestay



Kami menyediakan penginapan homestay yang selesa dengan bajet murah khusus untuk muslim kepada anda di Tingkat Bawah Blok D Apartment Baiduri, Bandar Tasik Kesuma, Beranang bersebelahan dengan MARA Japan Industrial Institute (MJII) dan Kolej Profesional MARA (KPM) Beranang dan tidak jauh dari Nottingham University, Semenyih.
Ianya amat bersesuaian bagi anda yang memilih untuk menginap selesa bersama keluarga dengan bajet murah bagi tujuan majlis perkahwinan, pendaftaran masuk kolej, konvokesyen, percutian keluarga, kursus, temuduga, mendaki Bukit Broga dan seumpamanya di sekitar Semenyih dan Beranang.
Homestay kami boleh dimasuki terus melalui pintu belakang yang diubahsuai tanpa perlu menaiki tangga di pintu hadapan yang memberikan lebih privasi kepada anda. Kenderaan anda pula boleh diparkir betul-betul dihadapan pintu homestay (bergantung kepada kekosongan) atau di kawasan sekitar yang menyediakan ruang parkir yang cukup luas.


Kemudahan Homestay  :-

a)    Bilik Utama     - Air cond, kipas siling, katil double, almari
b)    Bilik Kedua     - Kipas siling, Katil double, almari
c)    Bilik Ketiga     - Kipas siling, katil single
d)    Ruang tamu   - TV dengan Astro Njoi, sofa, kipas siling, meja makan
e)    Dapur            - Peti Sejuk, Microwave, Cerek elektrik serta pinggan mangkuk
f)     Bilik air dan bilik mandi yang berasingan
g)    Ruang ampaian pakaian










Lokasi yang mudah untuk di akses masuk terus melalui Jalan Kajang-Seremban melalui lebuhraya-lebuhraya Lingkaran Kajang (SILK), Lebuhraya Kajang Seremban (LEKAS) dan Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga).

Hanya berjarak :-
Kolej Profesional MARA Beranang (0.5km )
MARA Japan Industrial Institute (0.5 km)
Universiti Kebangsaan Malaysia (20 km)
Universiti Putra Malaysia (20 km)
Nottingham University (5 km)
Bandar Kajang (15km)
Seremban (30km)
Kuala Lumpur (40km)
Nilai (20km)
Putrajaya (25km)

Berhadapan dengan mini market, Restoran Tomyam dan Restoran Mamak serta berdekatan dengan 7 Eleven, 99Speedmart, Kedai 1Malaysia dan klinik.Hanya berjarak 3 km dengan Tesco Semenyih, KFC, Pizza Hut, McD, Secret Recipe, Bank dan stesyen minyak serta dikeliling dengan kedai-kedai keperluan asas yang lain.

Harga Penginapan :-

  • RM180.00 untuk malam pertama
  • RM150.00 untuk malam kedua, ketiga dan seterusnya

      Kami bersedia untuk berunding harga bagi penginapan yang melebihi tiga malam
      (Deposit kunci RM50.00 semasa tempahan, wang deposit ini akan dipulangkan semasa pemulangan kunci dan semakan akhir daripada kami)
                                                              
      Check in  - 2.30 ptgCheck out  - 12.00 tengahari
      (Dibenar melebihi waktu tanpa caj jika tiada tempahan berikutnya)